Gangguan bekalan air  12 jam di Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar  - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air  12 jam di Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penduduk di sekitar kawasan Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam bermula pukul 10 malam, 14 Julai ini. 

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP), ia susulan kerja-kerja penyambungan dan PBAPP perlu menutup saluran paip utama dari hadapan Balai Polis Teluk Kumbar hingga Kampung Gertak Sanggul. 

“Penutupan saluran paip ini menyebabkan gangguan bekalan air berjadual 12 jam di kawasan tertentu di Jalan Gertak Sanggul Teluk Kumbar dan kira-kira 5,600 akaun air  terjejas oleh gangguan bekalan air ini.  

“Pengguna dengan ini disaran menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 12 jam, dari pukul 10 malam Rabu (14 Julai) hingga 10 pagi Khamis, (15 Julai),” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN