Gangguan air: Hampir 10,000 pengguna di SPS dijangka terjejas  - Utusan Malaysia

Gangguan air: Hampir 10,000 pengguna di SPS dijangka terjejas 

JASENI MAIDINSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seramai 9,982 pengguna air berdaftar di beberapa kawasan di dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, bakal berdepan gangguan bekalan air Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan preventif yang akan dijalankan di Loji Rawatan Air Bukit Panchor pada hari tersebut.

Katanya, sehubungan itu PBAPP menjangkakan akan berlaku gangguan bekalan air selama 12 jam mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Antara kawasan yang dikenal pasti akan berdepan masalah bekalan air terputus ialah Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya, Kampung Sungai Kechil dan Perda Tech.

“Pada masa sama, beberapa kawasan lain termasuk kawasan Transkrian, Permatang Tok Mahat, Sungai Acheh dan Jalan Sempadan pula dijangka berdepan masalah tekanan air rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN