Gallas bimbing kelab Hungary - Utusan Malaysia

Gallas bimbing kelab Hungary

William Gallas mengambil keputusan untuk membimbing kelab Hungary,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Bekas bintang Perancis, William Gallas memilih untuk membimbing kelab liga utama Hungary, Zalaegerszegi.

“Bintang dunia hadir memperkuatkan pasukan kami.

“William Gallas memilih untuk menyertai pasukan biru, putih dan akan membantu mempertingkatkan bakat muda kami,” kata presiden kelab, Gabor Vegh.

Bekas pemain pertahanan yang beraksi sebanyak 84 kali bersama Perancis beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 bersama Les Blues

Dia menghabiskan kebanyakan kariernya di England termasuk bersama Chelsea yang membolehkannya meraih dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum menyambung kariernya di Arsenal dan Tottenham sebelum bersara pada 2014.

Gallas, yang tinggal di Hungary dalam beberapa tahun, akan fokus kepada melatih bahagian pertahanan dalam skuad mudanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya