Empat peniaga positif Covid-19, Pasar Telok Kemang ditutup seminggu

Empat peniaga positif Covid-19, Pasar Telok Kemang ditutup seminggu

PASAR Telok Kemang, Port Dickson ditutup selama seminggu berikutan terdapat pengesanan kes jangkitan Covid-19 melibatkan peniaga di pasar berkenaan. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pasar Telok Kemang dekat sini ditutup selama tujuh hari selepas terdapat pengesanan kes jangkitan Covid-19 di pasar tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd. Esa berkata, pasar berkenaan akan akan ditutup mulai hari ini sehingga 18 Julai depan.

Menurut beliau, penutupan selama seminggu tersebut bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

“Oleh itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu pada tarikh yang dinyatakan.

“Terdapat empat orang peniaga yang positif Covid-19 di pasar berkenaan dan ia ditutup bagi tujuan sanitasi,” katanya hari ini.

Menurut Zamri, terdapat seramai 53 penyewa di pasar berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN