Empat lagi dikesan positif Covid-19 di Parlimen - Utusan Malaysia

Empat lagi dikesan positif Covid-19 di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat lagi kes positif Covid-19 dikesan di kawasan bangunan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Penjelasan itu dibuat ketika mengulas desakan wakil pembangkang supaya waktu sidang Parlimen dilanjutkan selepas 5.30 petang seperti ditetapkan ketika ini bagi membolehkan lebih ramai wakil rakyat diberi peluang berucap.

“Kita (sidang Dewan Rakyat) sebenarnya telah tidak menuruti nasihat Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah), kalau ikut nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, kita bersurai pukul 2 petang sebab beliau bimbang penularan Covid-19 di kawasan Parlimen.

“Semalam dan hari ini ada lagi empat kes. Risiko agak tinggi sebab itu saya tetapkan 5.30 petang untuk beri peluang kepada semua bahas,” katanya di Dewan Rakyat menjawab Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang mencadangkan supaya Parlimen bersidang melebihi pukul 5.30 petang.

Azhar dalam masa yang sama turut memaklumkan tindakan melanjutkan sidang melebihi 5.30 petang berada di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Isnin lalu Azhar mengesahkan dua ahli Parlimen didapati positif Covid-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung.

Susulan itu terdapat enam lagi ahli Parlimen yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada dua ahli Parlimen berkenaan.

“Hasil ujian saringan Covid-19 yang diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen yang didapati positif. Berikutan itu, seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif,” kata Azhar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya