Dr. Mahathir persoal kelulusan import vaksin terhadap satu syarikat - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir persoal kelulusan import vaksin terhadap satu syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi) mempersoalkan kewajaran memperuntukkan kelulusan import vaksin kepada satu syarikat dan tindakan berkenaan boleh berlakunya aspek monopoli bekalan vaksin berkenaan.

Beliau mendakwa vaksin kini dijual pada harga RM350 kepada orang ramai, berbanding dasar kerajaan sebelum ini yang mengatakan sepatutnya ditawarkan secara percuma.

“Sekatan diadakan terhadap import vaksin, sementara ramai orang mati, menghidap penyakit, ramai bunuh diri, kita duk kira macam mana nak dapat wang daripada jualan vaksin.

“Inikah kerajaan prihatin? Mana janji vaksin percuma?” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN