Djokovic buru kejuaraan keenam - Utusan Malaysia

Djokovic buru kejuaraan keenam

NOVAK Djokovic berada dilandasan terbaik memburu rekod 20 gelaran Grand Slam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berjaya mara di peringkat separuh akhir buat kali ke-41 dalam Grand Slam di Wimbledon.

Juara lima kali itu, tidak berdepan masalah melakar kemenangan 6-3, 6-4, 6-4 ke atas pemain Hungary, Marton Fucsovics, sebentar tadi.

Djokovic yang berusaha menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam akan berdepan sama ada pemain Rusia, Karen Khachanov atau Denis Shapovalov dari Kanada di final, Ahad ini.

Ia adalah kemenangan ke-100 Djokovic, 34, di atas gelanggang rumput.

“Ia adalah prestasi mantap, saya bermula dengan baik dan tidak banyak buat silap pada lima permainan awal.

“Pujian harus diberikan kepada Marton kerana semangat melawannya dan dia melalui kejohanan dengan baik,” katanya.

Djokovic muncul pemain lelaki ketiga menang semua empat gelaran Grand Slam lebih sekali, apabila memenangi Terbuka Perancis untuk kali kedua, bulan lalu.

Kini, dia berada pada landasan menjadi pemain lelaki pertama sejak 1969 dan ketiga dalam sejarah, melengkapkan kalendar Grand Slam dengan semua empat gelaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya