Dewan Undangan Negeri Kelantan bersidang Ogos ini

DUN Kelantan bersidang Ogos ini

ABDULLAH Ya’kub menyampaikan bakul makanan kepada penerima di Masjid Kampung Berdang, Jeli, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijadual bersidang pada Ogos ini memandangkan kaedah persidangan secara bersemuka telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, buat masa ini, proses penyediaan Rang Undang-Undang (RUU) sedang dilaksanakan untuk diangkat semasa sidang DUN itu nanti.

“Kita telah menghantar surat kepada setiap ADUN untuk mereka mengemukakan sebarang soalan sebelum tarikh sidang DUN ditetapkan.

“Setakat ini, tarikh persidangan DUN masih belum ditentukan dan ia akan diputuskan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Penyampaian Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada penerima di Masjid Kampung Berdang di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Parlimen Jeli menyempurnakan majlis tersebut.

Terdahulu, Abdullah dilaporkan berkata, DUN Kelantan bakal bersidang secara bersemuka setelah mengambil kira jumlah ADUN yang hanya 45 orang, berbanding persidangan Parlimen melibatkan 222 Ahli Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN