KUALA LUMPUR : Persidangan Khas Dewan Rakyat sesi petang ditangguhkan sehingga pukul 3.30 petang susulan perbincangan kerajaan belum tamat.
Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Seri Azalina Othman menjelaskan perkara itu ketika masuk ke dalam Dewan pada pukul 2.30 petang tadi.
Terdahulu, Persidangan Khas Dewan Rakyat ditangguhkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya iaitu pukul 1 petang.
Arahan itu diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Rashid Hasnon selepas Dewan Rakyat berhenti seketika selama 15 minit dan menangguhkan persidangan pada pukul 12.46 tengah hari tadi. – UTUSAN ONLINE