'Darurat selamatkan PM, Malaysia semua nak jadi johan' - Mat sabu - Utusan Malaysia

‘Darurat selamatkan PM, Malaysia semua nak jadi johan’ – Mat sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dari awal saya cakap, darurat ini untuk selamatkan Perdana Menteri, bukan (pemulihan) Covid-19”.

Demikian ditegaskan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) yang menegaskan apa yang diperkatakan itu tenyata betul di mana sebelum darurat, kes sekitar 6,000 sehari dan selepas darurata, 17,000 sehari.

Ertinya jelas beliau, darurat ini sia-sia.

“Yang untung Tan Sri Muhyiddin Yassin, selamat sampai sekarang. Daruat ini menyelamatkan PM bukan rakyat,
sebenarnya tak perlu darurat.

“Bila kita kata darurat nak selamatkan PM orang tak percaya, hari ini darurat ditarik senyap-senyap. Inilah yang kita lihat apa yang berlaku sekarang ini.

“Melainkan kalau-kalau perlu, seperti selepas 13 Mei, darurat kali langsung tak perlu. Darurat hal kesihatan tapi seolah-olah Malaysia dilanda bencana yang hebat,
sekarang selepas melebihi 1 juta, boleh hadiah piala kepada PM,” katanya dalam sesi Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, soal ‘memberi hadiah piala’ itu bukan bermakna untuk bergembira dengan angka-angka itu.

“Kerajaan menuju kegagalan. Malaysia semua nak jadi johan, Covid-19 pun nak jadi johan, jadilah johan badminton, renang yang sedang berlangsung di Tokyo (Olimpik). Covid-19 pun nak jadi johan.

“Perintah Kawalan Pergerakan ini nak jaga siapa? Banyak makhluk kayangan terlepas atau rendah dikenakan denda. Pesta makan durian?” katanya.

Beliau mengambil contoh di United Kingdom apabila Menteri Kesihatannya meletak jawatan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sini cakaplah apapun tiada masalah. Menteri-menteri ini maksum boleh buat apa sahaja dan rakyat menderita. Ada yang hilang ingatan, bunuh diri. Mana ada zaman saya membesar dulu orang Melayu, Islam bunuh diri. Sekarang dah ada bunuh diri. Ini bermakna suasana sudah cukup paknik. Darurat membawa kegagalan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN