Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice - Utusan Malaysia

Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan tablet komputer kepada Muhammad Adam Naufal Mohd. Hiran,9, pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan supaya perselisihan faham antara pendakwah, Ebit Lew dan penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Tanpa mahu mengulas lebih lanjut, Zulkifli berkata, kedua-dua pihak seeloknya berdamai dan masing-masing perlu berlapang dada.

“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.

“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah di sini hari ini.

Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

Dia yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu yang menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.

Ebit juga diihat telah menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi tersebut. – UTUSAN ONINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya