Daging lembu 'sado' ceriakan 600 asnaf - Utusan Malaysia

Daging lembu ‘sado’ ceriakan 600 asnaf

MOHD. Faizul Rohban (dua kanan) memotong daging lembu sado yang ditumbangkan sempena Hari Raya Aidiladha di Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seramai 600 asnaf di sekitar Pasir Pekan, di sini teruja menerima sumbangan daging korban dua ekor lembu ‘sado’ baka Limousine yang ditumbangkan syarikat kosmetik tempatan, Beauty Kaseh hari ini.

Usahawan, Mohd. Faizul Rohban berkata, agihan daging lembu segar menerusi Program Korban Kaseh 4.0 itu satu bentuk perkongsian rezeki bagi membantu golongan asnaf yang semakin terhimpit akibat pandemik.

“Selain dua ekor lembu ‘sado’, kami turut menyembelih seekor lembu baka tempatan dan kesemua daging lembu segar ini diagihkan kepada 600 penerima di sekitar Pasir Pekan dan kawasan berhampiran.

“Hasrat kami supaya golongan asnaf yang terjejas dengan Covid-19 gembira menyambut Hari Raya Aidiladha sambil berpeluang menjamah hidangan daging lembu segar,” katanya kepada pemberita di Masjid Mukim Paloh di sini hari ini.

Aktiviti dalam pekarangan Masjid Mukim Paloh itu dibuat dengan kehadiran individu yang terhad sebelum diagihkan secara pandu lalu sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN