Covid-19: WP dijangka kembali normal mulai Ogos - Utusan Malaysia

Covid-19: WP dijangka kembali normal mulai Ogos

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi di Wilayah Persekutuan diramal kembali normal secara berperingkat mulai bulan depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah penerima suntikan vaksin di Wilayah Persekutuan sudah  sudah melepasi 60 peratus daripada penduduk berusia 18 tahun  ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan pendaftaran mencapai 100 peratus.

“Insya-Allah menjelang akhir bulan ini, WP KL dan Labuan akan mencapai 80 peratus  menerima dua dos.

“Semoga dengan itu mereka yäng sudah menerima dua dos diharap boleh bergerak lebih bebas dan selamat untuk menjalankan aktiviti ekonomi, beribadat di masjid, bersenam dan riadah dan lain-lain dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) tertentu.

“Mulai Ogos saya meramalkan Wilayah Persekutuan mula kembali kepada normal secara berperingkat, berkat kesabaran dan kebersamaan kita warga Wilayah,” katanya.

Terdahulu, beliau beramah mesra bersama penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan petugas di PPR Wahyu, Parlimen Batu dan PPR Seri Kota, Bandar Tun Razak dalam program Mobile Vaccine Truck Mymedic@Wilayah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN