Covid-19: Turun  8,574 kes selepas tiga hari melebihi paras 9,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Turun  8,574 kes selepas tiga hari melebihi paras 9,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes Covid-19 hari ini turun ke paras 8,574 selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan angka melebihi paras 9,000.

Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan 4,308  kes diikuti dengan Negeri Sembilan 794 kes dan Kuala Lumpur.

Negeri-negeri yang menunjukkan peningkatan  melibatkan Johor dengan 407 kes, Kedah dengan 415 kes, Pahang dengan 314 kes, Sabah dengan 298 kes dan Melaka dengan 411  kes serta Terengganu 140 kes.

Sarawak bagaimanapun mencatatkan penurunan iaitu 270 kes, Pulau Pinang dengan 231 kes, Perak dengan 168 dan Kelantan dengan 133 kes.

Hanya tiga lokaliti kekal di bawah 100 kes iaitu  Labuan (66), Putrajaya (45) dan Perlis (0). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya