CAP gesa baiki segera jambatan rosak - Utusan Malaysia

CAP gesa baiki segera jambatan rosak

KERATAN akhbar Utusan Malaysia pada 21 Julai 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah dan Pejabat Daerah Sik membaiki segera jambatan yang digunakan oleh penduduk di Kampung Padang Toi dan Kampung Sungai Pau selepas didakwa mengalami kerosakan sejak 10 tahun lalu.

Pegawai Luar Bandar CAP, Zulkifli Yusuf berkata, jambatan itu perlu dibaiki segera untuk kemudahan penduduk di sekitar dua buah kampung berkenaan.

Menurutnya, langkah tersebut juga diambil segera sebelum berlaku kejadian yang lebih buruk menimpa penduduk yang menggunakan jambatan itu.

“CAP kesal walaupun masalah ini sudah lama dihadapi penduduk di kedua dua buah kampung berkenaan, namun hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam  melaporkan lebih 200 penduduk dari Kampung Padang Toi dan Kampung Sungai Pau di sini, resah dan bimbang apabila jambatan besi yang sering digunakan untuk berulang-alik ke kebun getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan rosak.

Jambatan sepanjang kira-kira 36 meter dan lebar empat meter yang merintangi Sungai Chepir itu dibina lebih 15 tahun lalu.

Penduduk mendakwa mereka telah mengemukakan aduan mengenai kerosakan jambatan tersebut kepada Pejabat Daerah Sik tetapi masih tiada tindakan diambil.

Zulkifli menambah, CAP turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan siasatan punca berlakunya hakisan tebing Sungai Chepir sehingga menjejaskan struktur jambatan berkenaan.

“Demi keselamatan dan keselesaan penduduk terbabit CAP berharap masalah tersebut dapat ditangani segera,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya