Caj hantar makanan naik? - Utusan Malaysia

Caj hantar makanan naik?

PENGHANTAR makanan sedang membuat penghantaran kepada seorang penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat pengendali aplikasi penghantar makanan didapati mengambil kesempatan ‘mengaut keuntungan’ dengan menaikkan caj perkhidmatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, perkhidmatan syarikat terbabit dipercayai bertindak sedemikian selepas mendapat sambutan daripada pengguna yang tidak keluar rumah ketika PKP.

Menurutnya, pada kesempatan itu, syarikat berkenaan sewenang-wenangnya menaikkan caj penghantaran kerana tiada pihak yang memantau sepenuhnya operasi mereka.

“Sebagai contoh sebelum PKP, caj penghantaran yang diambil sebanyak RM4 hingga RM5 untuk satu perkhidmatan, tetapi caj itu telah dinaikan sehingga RM10 pada PKP ini.

“Cake bimbang syarikat tersebut akan terus menaikkan caj penghantaran selepas ini sekiranya tiada tindakan diambil ke atas mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamad Yusrizal berkata, pihaknya mencadangkan kerajaan meletakkan pemantauan operasi syarikat pengendali aplikasi makanan itu di bawah satu jabatan bagi memudahkan kawal selia dan pemantauan.

Menurutnya, jabatan ber­kenaan juga boleh menerima aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan dan makanan yang dibeli.

“Cake juga menerima laporan makanan yang dijual menerusi perkhidmatan pengendali aplikasi itu lebih mahal melebihi antara RM1 hingga RM2 berban­ding dibeli di restoran berkenaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya