Bilionair Jeff Bezos ke angkasa lepas dalam penerbangan bersejarah - Utusan Malaysia

Bilionair Jeff Bezos ke angkasa lepas dalam penerbangan bersejarah

JEFF Bezos sekembalinya dari bersiar-siar diangkasa lepas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Pengasas Amazon, Jeff Bazos yang juga lelaki terkaya dunia berlepas ke angkasa lepas dari padang pasir di Texas menggunakan kapal angkasa New Shepard yang direka oleh syarikat miliknya Blue Origin.

Bilionaire berusia 57 tahun itu diiringi abangnya Mark Bezos, juruterbang berusia 82 tahun, Wally Funk dan seorang pelajar berusia 18 tahun Oliver Daemen.

RUANG dalam kapal angkasa New Shepard oleh syarikat Blue Origin memiliki tingkap yang besar untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan. – BLUE ORIGIN/AFP via Getty Images

Kapal angkasa itu merupakan pesawat dengan tingkap paling besar yang terbang ke angkasa.

Selain menikmati pemandangan Bumi yang menakjubkan, mereka juga sempat keluar dari tempat duduk untuk terapung-apung di sekitar kabin selama kira-kira empat minit.

“”Jeff, ini adalah sesuatu yang anda impikan sepanjang hidup anda dan minat terhadap angkasa terus menular,” itu mesej daripada saudara perempuan Jeff Bezos Christina yang dibaca beberapa saat sebelum mereka turun.

Roket Blue Origin yang membawa bilionaire Jeff Bezos bersiar-siar di angkasa berlepas dari padang pasir di Texas, – AFP

Berpakaian suit serta biru dan bertopi koboi,  Bezos bergerak ke pad pelancaran bersama para ‘penumpangnya’, sambil melambai kepada orang ramai.

Ibu bapanya turut berada di tapak pelancaran.

Pesaing kepada Bezos, bilionaire Richard Branson telah mendahuluinya dalam perlumbaan ke angkasa, tetapi Bezos akan terbang lebih tinggi – 100 km untuk Blue Origin berbanding 86 km untuk Virgin Galactic milik Branson.

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya