Bettinelli sertai Chelsea dari Fulham - Utusan Malaysia

Bettinelli sertai Chelsea dari Fulham

Marcus Bettinelli mngambil keputusan menyertai Chelsea selepas meninggalkan Fulham pada penghujung tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea menandatangani penjaga gol, Marcus Bettinelli secara percuma untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim baharu ini.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Fulham pada hujung musim lalu selepas melakukan lebih 100 penampilan dengan The Cottagers.

Bettinelli bersetuju untuk berada di Stamford Bridge selama dua tahun dan akan bersaing untuk posisi berkenaan dengan Edouard Mendy serta Kepa Arrizabalaga.

“Ia sebuah pasukan yang istimewa. Saya tahu setiap sudut dan ia bagaikan impian menjadi kenyataan apabila bersama kelab ini.

“Terdapat beberapa perbincangan sebelum ini ketika saya masih lagi muda dan ada beberapa sebab saya tidak ke sini lebih awal tapi sekarang saya sudah berada di sini,” kata bekas penjaga gol bawah 21 tahun England itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya