Beregu wanita tewas aksi pembukaan - Utusan Malaysia

Beregu wanita tewas aksi pembukaan

Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean tewas dalam aksi pembukaan Kumpulan A kepada pasangan Indonesia, Greysia Polii dan apriyani Rahayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terpaksa akur dengan kekuatan yang dimiliki lawannya dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu selepas tewas 14-21,17-21 dalam aksi pertama Kumpulan A, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza, gandingan kesebelas terbaik dunia itu, bermula dengan baik namun gagal mengekalkan aksi konsisten dan mengekang asakan beregu keenam dunia dari Indonesia berkenaan.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim mengakui tindakan pasangan negara yang bermain dengan lebih banyak bertahan menyaksikan mereka tunduk kepada beregu Indonesia.

“Pasangan negara bermain secara bertahan walaupun cuba melakukan serangan. Strategi (game plan) ditunjukkan beregu Indonesia berjaya untuk memenangi perlawanan itu,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan beregu wanita negara itu perlu meraih kemenangan ke atas beregu nombor satu dunia dari Tokyo, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dan pasangan Great Britain Chloe Birch-Lauren Smith untuk layak ke peringkat seterusnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya