Beregu wanita kalah lagi - Utusan Malaysia

Beregu wanita kalah lagi

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean gagal meneruskan saingan selepas tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas buat kali kedua dalam saingan Kumpulan A, sebentar tadi.

Dalam saingan di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan No.1 negara itu tewas kepada Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dalam aksi tiga set.

Pada set pertama mereka cemerlang dengan meraih kemenanga 21-17 apabila berjaya mendominasi permainan.

Bagaimanapun set kedua dan ketiga tidak berpihak kepada mereka apabila mengikut rentak permainan lawan mereka dengan rali panjang dan memaksa mereka melakukan kesilapan hingga tewas 15-21, 8-21.

Sebelum ini dalam aksi pembukaan, mereka tewas kepada pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Selepas ini mereka akan melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi menetang Chloe Birch-Lauren Smith dari Great Britain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya