Beregu lelaki layak ke suku akhir - Utusan Malaysia

Beregu lelaki layak ke suku akhir

SOH WOOI YIK (kiri) bergandingan dengan Aaron Chia menang ke atas Jason Ho Shue-Nyl Yakura dalam saingan terakhir kumpulan D, Sukan Olimpik 2020 di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo, hari ini.- AFP

PETALING JAYA: Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat suku akhir selepas menumbangkan Jason Ho Shue-Nyl Yakura di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D itu, gandingan di ranking kesembilan dunia tersebut mengatasi Jason Ho-Nyl Yakura dari Kanada dengan 21-15, 21-13 dalam tempoh 32 minit di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Kejayaan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menamatkan saingan di tempat kedua, dengan juara Kumpulan D menjadi milik pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Begitupun, Malaysia sekali lagi berdepan laluan sukar apabila diundi menentang beregu No. 1 Dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di suku akhir.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN