PETALING JAYA: Pengacara terkenal TV3, Fedtri Yahya dalam akaun Twitter miliknya memberitahu bapanya disahkan positif Covid-19.
“Mohon doa semua,” katanya.
Beliau kemudiannya memuat naik gambar bapanya sambil menulis: “Beraya di hospital, pertama kali masuk wad, pada usia 72 tahun”.
Beberapa hari lalu, Fedtri turut memuat naik status memberitahu abangnya sekeluarga turut positif Covid-19.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui WhatsApp, Fedtri turut berterima kasih atas doa semua agar keluarganya berada dalam keadaan baik.










