‘Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit asma’ - Inessa Irdayanty - Utusan Malaysia

‘Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit asma’ – Inessa Irdayanty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berita duka pemergian pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang menghembuskan nafas terakhir di Medan, Indonesia hari ini turut disahkan adik Allahyarham, Inessa Irdayanty.

Inessa dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram memaklumkan dia dan keluarganya menerima perkhabaran duka itu daripada pihak penjara di Medan sekitar pagi tadi.

“Kakak saya, Elza, telah menerima panggilan daripada pihak penjara di Medan pagi tadi memberitahu Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit asma lebih kurang pukul 11 pagi waktu Malaysia.

“Dia telah cuba dibawa ke rumah sakit tetapi tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Inessa dalam perkongsian sama memberitahu abangnya sekian lama menderita penyakit asma yang kronik serta penyakit lain melibatkan organ paru-paru dan sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun.

“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara Medan mengebumikan jasad di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya