Beban penyakit tidak berjangkit punca pemakanan membimbangkan

Beban penyakit tidak berjangkit punca pemakanan membimbangkan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara kini berdepan masalah beban berganda malpemakanan dengan peningkatan kadar obesiti di setiap peringkat umur dan masalah kekurangan pemakanan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 5 tahun memerlukan perhatian serius.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah malpemakanan merupakan satu krisis kesihatan sejagat terutamanya di saat pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk negara ini.

Beliau berkata, selain daripada beban penyakit tidak berjangkit yang berpunca daripada pemakanan seperti diabetes dan darah tinggi, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan pada tahun 2030, Malaysia akan mencapai status ‘negara tua’ dengan peratus penduduk berumur 60 tahun dan ke atas adalah 15.3 peratus. 

“Dengan kenaikan angka-angka membimbangkan dan ramalan peningkatan beban penyakit ini, pencegahan dan pengawalan masalah beban berganda malpemakanan merupakan satu cabaran besar kepada penjagaan kesihatan negara. 

Usaha bagi memerangi dan menamatkan semua bentuk masalah malpemakanan memerlukan satu dasar pemakanan mampan merentasi semua sektor kerajaan, swasta, industri dan penduduk Malaysia sendiri melalui Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia  (DPKM) 2.0,” katanya ketika berucap melancarkan dasar itu, secara maya hari ini.

Menurut Muhyiddin, sebanyak 13 strategi dibentuk untuk memastikan kesejahteraan pemakanan rakyat yang dirangka bersifat menyeluruh bagi memenuhi tiga matlamat DPKM 2.0.

Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Kesihatan menyemak semula Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) 2016-2025 yang menyokong strategi -strategi dalam DPKM. 

Selain itu, beliau menjelaskan, isu-isu pemakanan utama negara seperti sekuriti makanan dan pemakanan juga diintegrasikan dalam Dasar Agromakanan (DAN) 2.0. 

“Kementerian Kesihatan juga mengetuai Kluster Keselamatan Makanan dan Pemakanan di bawah Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan saya sendiri. Dalam hal ini , isu-isu berkaitan sekuriti makanan dan pemakanan terutama semasa bencana merupakan antara perkara yang diberi perhatian serius kerajaan.

“Dengan semakan dasar ini juga, menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang sihat melalui kesejahteraan pemakanan daripada usia muda sekali gus memerangi masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, satu jawatankuasa bersama melibatkan pelbagai agensi pemegang taruh berkaitan akan ditubuhkan dalam waktu terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya