Bantuan 500 pakaian ringankan beban petugas PSUM

SAM, HakkaClo sumbang 500 pakaian ringankan beban petugas pusat urus mayat Covid-19

NORISMADI Abd. Manap (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan pakaian kepada wakil Pusat Sehenti Urus Mayat di Kuala Lumpur. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama syarikat HakkaClo menyalurkan sumbangan pakaian di Pusat Sehenti Urus Mayat (PSUM) di sini yang kini berdepan masalah kekurangan pakaian bagi mengendalikan tugas harian mereka.

Menurut Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap, bantuan pakaian sebanyak 500 helai persalinan petugas dan 225 pakaian peralatan dan perlindungan diri (PPE) ini diharapkan dapat menampung kekurangan pakaian di pusat tersebut.

Beliau berharap inisiatif ini akan diteruskan lagi dan menggerakkan persatuan dan NGO lain untuk bersama membantu negara menangani penularan wabak Covid-19.

“Pihak kami sedia tampil meringankan beban petugas barisan hadapan untuk membekalkan barang asas yang kurang di mana-mana pusat kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus HakkaClo, Sollihin Mohamed pula berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama dengan SAM untuk menyerahkan sumbangan kepada pusat tersebut.

Katanya, HakkaClo sentiasa bersedia bekerjasama dengan agensi luar dalam membantu menangani pandemik Covid-19 dan meringankan beban petugas-petugas kesihatan.

“Semasa PKP 1 lalu, pihak kami ada menjahit PPE dan diberikan percuma kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya.

“Selain membantu petugas barisan hadapan, HakkaClo juga turut aktif dalam kerja-kerja amal lain seperti memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi PSUM, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berkata, pihaknya berterima kasih atas sumbangan diberikan kerana dapat menampung kekurangan pakaian petugas. Pihak mereka juga berharap kes Covid-19 akan menurun untuk hari berikutnya

Beliau turut memaklumkan kini sebanyak 100 petugas sedang bertugas di pusat tersebut yang terdiri daripada 60 petugas pusat dan 40 orang sukarelawan.

“Namun, pihak kami masih lagi memerlukan sukarelawan untuk menampung bebanan tugas di pusat berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN