APM siap siaga bantu penduduk ketika pandemik, cuaca tak menentu  - Utusan Malaysia

APM siap siaga bantu penduduk ketika pandemik, cuaca tak menentu 

BEBERAPA anggota APM SPT menunjukkan demonstrasi memunggah peralatan berkaitan kerja-kerja membantu, mencari dan menyelamat ke dalam bot ketika sesi persediaan menghadapi ribut dan banjir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana akibat cuaca tidak menentu ketika ini. 

Pegawainya, Kapten Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, antaranya kejadian ribut dan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan rendah seperti Machang Bubok di sini, susulan hujan lebat hampir setiap petang atau awal pagi. 

“Dengan kekuatan kira-kira 100 anggota APM yang terlatih ketika ini selain dibantu pasukan sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan, kami yakin keadaan itu mampu dikawal dengan baik,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita semasa sesi persediaan menghadapi ribut dan banjir peringkat SPT di pejabat APM daerah, di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Fadhil, selain kawasan Machang Bubok yang sering menjadi ‘mangsa’ limpahan air Sungai Kulim di Kedah setiap kali hujan lebat, pihaknya turut mengenal pasti beberapa lokasi lain terutama kawasan sekitarnya dengan anggaran jumlah penduduk yang terjejas seramai 1,000 orang setiap kali bencana berlaku.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN