Annuar Musa sahkan hadir ke Parlimen esok - Utusan Malaysia

Annuar Musa sahkan hadir ke Parlimen esok

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan beliau negatif Covid-19.

Annuar yang juga Menteri Wilayah berkata, beliau akan hadir ke Parlimen esok bagi mengikuti sesi persidangan yang dijadualkan sehinggga 2 Ogos ini.

“Insya-Allah, saya hadir di Parlimen esok,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan beberapa pemimpin didapati positif Covid-19 ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya