Aniaya tujuh kucing, lelaki 'alami gangguan' dihukum penjara - Utusan Malaysia

Aniaya tujuh kucing, lelaki ‘alami gangguan’ dihukum penjara

KUCING yang dianiaya di Ang Mo Kio. - ANG MO KIO SOUTH CAREGIVERS AND FEEDERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menganiaya tujuh kucing kerana mempunyai alahan kepada bulunya dan menganggap tidak salah untuk mencederakan haiwan itu kerana ‘ia hanya haiwan’, dihukum penjara 12 minggu.

Berita Mediacorp. melaporkan, Leow Wei Liang, 37 tahun, mengalami gangguan spektrum autisme dan personaliti antisosial lain. Namun penilaian Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati kesalahan-kesalahannya itu dilakukan terbit daripada keinginan untuk menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan pada haiwan ‘hanya untuk memuaskan hati dan menghiburkan dirinya’.

Tertuduh mengaku bersalah atas tiga tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan, dengan lempat lagi tuduhan diambil pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa beberapa kucing dijumpai cedera dalam tempoh sebulan di estet perumahan Ang Mo Kio. Seorang penyiasat Lembaga Taman Negara menerima maklum balas tentang insiden mengelar kucing antara 25 April dengan 23 Mei lalu.

Tertuduh dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab atas serangan-serangan tersebut. Dia mengaku menggunakan pisau lipat yang dibeli pada April lalu untuk mencederakan tujuh kucing.

Tertuduh memberitahu mahkamah, dia mula terfikir hendak mengelar kucing tahun ini kerana berasa ‘alah pada bulunya dan mahu berseronok memandangkan kucing-kucing itu adalah haiwan jalanan dan bukan manusia’, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Antara mangsanya ialah seekor kucing berwarna putih dengan tompok-tompok kelabu bernama Miki, seekor kucing hitam bernama Kopi, seekor kucing kelabu bernama Milo, seekor kucing bertompok hitam coklat bernama Daughter, seekor kucing calico bernama Mummy, seekor kucing kelabu bernama Dino dan seekor kucing hitam bernama Boyboy.

Kucing-kucing itu mengalami luka pada bahagian perut dan bahagian antara tulang rusuk dan punggung hingga ‘luka besar kulit terlapah’ pada bahagian belakang badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN