Akibat banyak kes, seluruh Kampung Tanjung Kerayong kena PKPD - Utusan Malaysia

Akibat banyak kes, seluruh Kampung Tanjung Kerayong kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kematian seorang wanita berusia 59 tahun menyaksikan seluruh Kampung Tanjung Kerayong di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  bermula Ahad hingga 14 Ogos ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, Jabatan Kesihatan Pahang melaporkan ada 24 kes positif Covid-19 di lokaliti ini sejak 21 Julai lalu dan pernah merekodkan seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun maut pada 28 Jun lalu.

Kematian terbaharu dicatatkan pada Sabtu minggu lepas dan sebahagian besar kes dikesan hasil saringan terhadap kontak rapat wanita tersebut termasuk beberapa individu bergejala.

Turut dilaksanakan PKPD ialah sejumlah 19 lagi lokaliti di Sabah antaranya Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati dalam Bahagian Sandakan; Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Dabaran Banggi dalam Bahagian Kudat serta Kampung Tempasuk 1, Daerah Kota Belud; Kampung Babagon, Daerah Penampang dan Kampung Tengah Padang, Daerah Putatan, Bahagian Pantai Barat.

Dua lokaliti di Daerah Kota Kinabalu juga dikenakan PKPD iaitu Taman Sempelang, Sembulan serta Kampung Sembulan Tengah dan Lama selain lima lokaliti di Daerah Keningau iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.

“Selebihnya dalam Bahagian Tawau iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Taman Berjaya, PPR Sri Semarak dan Batu 2 di Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, satu lokaliti di negeri tersebut yang dikenakan PKPD dan sepatutnya tamat esok, dilanjutkan iaitu Kampung Siansai Dundau, Daerah Kota Belud, Bahagian Pantai Barat termasuk tiga lokaliti dalam Daerah Kuantan, Pahang iaitu Taman Tas dan Pandan, Taman Indera Sempurna serta Taman Impianku.

Bagaimanapun, 10 lokaliti di daerah itu berakhir PKPD secara serentak esok mengikut jadual iaitu Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Derhaka, Kempadang, Sungai Soi, Kampung Pahang, Taman Seri Inderapura, Sungai Isap dan Lorong Seri Teruntum.

Begitu juga Taman Chengal, Daerah Temerloh dan Kampung Belangkap, Daerah Rompin; selain Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat di Selangor serta Kampung Garung dan Kampung Pasir Hilir, Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak.

Baki empat lokaliti di Sabah iaitu PPR Taman Ehsan dan Kampung Naruntung, Pitas, Bahagian Kudat; Kampung Pinalobuh Bukit, Kota Belud, Bahagian Pantai Barat serta Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Bahagian Tawau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya