Ahli Parlimen UMNO masih di blok kerajaan - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen UMNO masih di blok kerajaan

AHLI Parlimen UMNO masih berada di blok kerajaan..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan kesemua 38 ahli Parlimen UMNO masih berada di blok kerajaan walaupun parti itu memutuskan menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, sidang kali ini hanya berlaku perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dilihat duduk di sebelah Muhyiddin.

Carta tempat duduk di laman web Parlimen yang dikemas kini menunjukkan Ahli Parlimen UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga dilihat duduk di blok kerajaan walaupun sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan Kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli Parlimen mengenai tindakan menangani Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya