Ahli Parlimen Bersatu berdiri teguh bersama Muhyiddin - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bersatu berdiri teguh bersama Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdiri teguh dan menzahirkan sokongan penuh tanpa berbelah bagi kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin kerajaan.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Parlimen daripada Parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan empat Ahli Parlimen Bebas yang menzahirkan sokongan berterusan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Pada masa sama, kata beliau, Bersatu menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar semua ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada usaha menjaga kesejahteraan rakyat serta agenda memerangi Covid-19 pada Sidang
Khas Parlimen yang sedang berlangsung kini.

“Bersatu akan terus fokus dan komited meneruskan agenda membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara, ” katanya dalam kenyataan malam ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya