Ahli-ahli jemaah menteri nyatakan sokongan kepada PM

Ahli-ahli jemaah menteri sokong PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli-ahli Jemaah Menteri membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan ahli-ahli Jemaah Menteri berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Pada masa sama, ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN