KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Afgan memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kronik wabak tersebut.
“Saya telah disahkan positif Covid-19. Ini merupakan hari keempat dan setakat ini saya tidak mengalami sebarang simptom mungkin kerana telah divaksin.
“Kepada semua, tolong ambil vaksin kerana jika anda dijangkiti, simptomnya tidak akan menjadi teruk,” katanya.
Turut berkongsi rutin harian ketika berkuarantin, perkongsian Afgan mendapat perhatian dan doa supaya dia cepat sembuh daripada rakan artis serta peminat.
“Beginilah cara saya kekal aktif sepanjang kuarantin, cuma melakukan senaman ringan. Jadi yang disahkan positif Covid-19 dan tidak bergejala seperti saya, bersenamlah secara ringan,” katanya.
Sebelum ini beberapa selebriti Indonesia juga disahkan positif Covid-19 antaranya Rossa, Bunga Citra Lestari dan Ashanty










