'Ada juga orang kenamaan guna surat nak rentas daerah, negeri' - Utusan Malaysia

‘Ada juga orang kenamaan guna surat nak rentas daerah, negeri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menerima sebanyak 321 permohonan untuk rentas daerah dan negeri menjelang Hari Raya Aidiladha sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri Mat Akhir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 59 permohonan tersebut ditolak dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

“Ada juga orang kenamaan di daerah ini dikesan menggunakan surat dengan logo persatuan atau institusi tertentu bagi membolehkan rentas daerah dan negeri bagi tujuan memberi bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan rentas daerah dan negeri didapati meningkat berbanding hari biasa berikutan sambutan Aidiladha pada Selasa ini.

“Masyarakat diingatkan rentas daerah dan negeri hanya dibenarkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Jelasnya, peringatan juga diberikan kepada penduduk supaya mematuhi SOP sambutan Aidiladha yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan sewajarnya diambil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN