Sembilan PPV walk-in di Lembah Klang bermula Isnin  - Utusan Malaysia

Sembilan PPV walk-in di Lembah Klang bermula Isnin 

SEORANG petugas Kementerian Kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN/ UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyenaraikan sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang yang terbabit dalam program vaksinasi secara walk-in bermula Isnin ini.

CITF menerusi kenyataan akhbar hari ini memaklumkam, PPV berkenaan ialah KLCC (HCO F, HCO G dan HCO H), Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Hotel Wyndham (Klang), Dewan Tun Razak (Sabak Bernam), Dewan Komuniti Serendah, Movenpick Hotel & Convention Centre (KLIA) dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Menurutnya, program itu dibahagikan kepada dua tarikh iaitu 2 hingga 4 Ogos dikhaskan khusus untuk individu 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang.

“Bagi 5 hingga 22 Ogos pula dikhususkan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang.

“Program secara walk-in ini bermula pukul 2 petang pada setiap hari (tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing),” katanya.

Katanya, individu yang hadir ke program itu dikehendaki membawa bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.

Bagi golongan komorbid pula, CITF memaklumkam, individu berkenaan diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Jelasnya lagi, suntikan pelalian pula akan diberikan berdasarkan konsep ‘first-come-first-serve basis’ bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV.

“Individu walk-in juga diletakkan di bawah ‘standby list’ untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari tersebut sudah habis digunakan,” katanya.

Dalam pada itu, CITF juga memaklumkan, suntikan vaksin secara walk-in bagi individu bukan warganegara pula akan bermula pada 9 Ogos iaitu 9 hingga 11 Ogos khusus khusus untuk individu 40 tahun ke atas atau golongan komorbid.

Manakala, bermula 12 hingga 22 Ogos pula dikhususkan kepada bukan warganegara Malaysia berusia 18tahun.

Sementara itu, CITF berkata, individu walk-in yang mempunyai dokumen pengenalan sah akan didaftarkan terlebih dahulu dalam sistem MySejahtera di kaunter pendaftaran di PPV sebelum divaksinasi.

Katanya, golongan ibu hamil pula tidak perlu untuk walk-in bagi mendapatkanvaksinasi, sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.

“Individu yang telah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk walk-in.

“Mereka jugatidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan walk-in sekiranyajanji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang,” katanya.

Program vaksinasi secara walk-in bagi penduduk di Lembah Klang ini adalah susulan Program Lonjakan Kapasiti yang dilaksanakan pada 21 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya