MINA: Sembilan orang ditahan kerana melanggar peraturan dan arahan haji ketika cuba memasuki kawasan ibadah haji tanpa izin, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Jurucakap Pasukan Keselamatan, Brigedier Sami Al-Shuwairekh berkata, mereka ditahan kerana tidak memiliki permit untuk menunaikan haji dan masing-masing didenda 10,000 riyal.
“Semua pihak perlu mematuhi arahan menunaikan haji tahun ini. Anggota keselamatan akan bertindak terhadap mereka yang cuba memasuki Masjidilharam dan kawasan ibadah haji lain,” katanya.
Kerajaan Arab Saudi mengehadkan 60,000 jemaah dibenarkan untuk menunaikan haji tahun ini, terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara ini.










