PUTRAJAYA – Sebanyak 76 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan dari 2 Julai hingga 13 Julai melibatkan 75 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala satu kes Variant of Interest (VOI).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 75 kes VOC tersebut terdiri daripada 48 kes varian Beta (B.1.351) dan 27 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala, satu kes VOI pula adalah varian Theta (P.3).
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 293 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 273 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
“Secara keseluruhan sehingga kini, terdapat sebanyak 195 kes varian Beta, 67 kes varian Delta dan 11 kes varian Alpha bagi VOC manakala, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta bagi VOI,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE









