70 set bubu naga dirampas  - Utusan Malaysia

70 set bubu naga dirampas 

ANGGOTA Maritim Perak menarik bubu naga yang dipasang di sekitar perairan Pulau Talang dekat Lumut semalam. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  Perak merampas 40 set bubu naga di dua lokasi sekitar 2.9 hingga 5.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, Segari, dekat sini petang semalam.

 Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda pasukan yang melakukan rondaan Op Pintas dan Op Sayong di perairan Pantai Remis mengesan kedudukan bubu naga tersebut pada pukul 6.35 petang.

 Terdahulu, pada 20 Julai lalu sebanyak 30 set bubu naga juga dirampas di sekitar kawasan sama dan menjadikan keseluruhan rampasan 70 set di sekitar perairan Pulau Talang.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM8,400 dengan anggaran RM120 seunit itu dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Beliau menambah, penguatkuasaan terhadap bubu naga  itu dilihat serius kerana pihaknya sering menerima aduan mengenai segelintir komuniti nelayan yang masih berdegil menggunakannya tanpa memikirkan kesan sampingan kepada perkembangan habitat marin untuk jangka panjang.

Jelasnya, penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga boleh mengancam pertumbuhan habitat marin dan berpotensi pupus serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

Difahamkan, sejak 14 Julai lalu sehingga semalam, Maritim Perak sudah merampas 284 set bubu naga bernilai RM34,080 sekitar perairan Pulau Talang.

Perairan tersebut menjadi tumpuan kerana  mempunyai sumber ikan yang banyak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya