Bubu naga: Tiga kawasan jeti di Selangor digempur - Utusan Malaysia

Bubu naga: Tiga kawasan jeti di Selangor digempur

Bubu naga
ANTARA bubu naga yang dirampas dalam operasi itu tiga lokasi sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tiga kawasan jeti di daerah ini dan Kuala Selangor digempur Jabatan Perikanan selepas menjadi tumpuan aktiviti penggunaan bubu naga, kelmarin.

Kesemua lokasi itu melibatkan Bagan Tengkorak, Bagan Sungai Besar dan Bagan Sekinchan yang digempur dalam Operasi (Ops) Hurricane Bersepadu dan membawa kepada rampasan sebanyak 800 bubu naga dianggarkan bernilai RM40,000.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang.

“Kebanyakan pengusaha haram telah memberhentikan operasi akibat kekerapan operasi yang dijalankan penguat kuasa.

“Mereka menyorokkan bubu naga dengan cara ditutup kanvas, simpan dalam stor dan segera membuangnya ke dalam sungai selepas kehadiran pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Tambah Noraisyah, bubu itu telah diwartakan sebagai peralatan menangkap ikan yang dilarang mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan) 2024 berkuatkuasa 30 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN