649 termasuk 521 warga asing ditahan PGA - Utusan Malaysia

649 termasuk 521 warga asing ditahan PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 649 individu menerusi 111 serbuan bagi tempoh enam bulan tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM43.89 juta.

Daripada jumlah tangkapan itu, 125 adalah warga tempatan terdiri daripada 122 lelaki dan tiga wanita manakala 521 adalah warga asing pula terdiri daripada 323 lelaki, 188 wanita serta 10 kanak-kanak.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, tangkapan warga asing adalah melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka.

Katanya, dalam tempoh itu, pihaknya melakukan rampasan melibatkan kenderaan berjumlah RM4.6 juta, rokok seludup (RM10.4 juta), arak seludup dan ketum (RM20.6 juta), dadah (RM201,135.50), hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM40,000).

“Bahan letupan (RM1.4 juta), padi dan beras (RM2.6 juta), logam dan tembaga (RM3.1 juta), wang tunai dan lain-lain (RM594,533.40).

Menurutnya, semua tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran dan akta berkaitan yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Briged Tengah PGA Cheras di sini hari ini.

Muhammad berkata, siasatan mendapati warga tempatan berperanan sebagai ‘transporter’ dan tekong darat dipercayai menerima bayaran minimum RM400 bagi setiap trip dengan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).

Jelas beliau, pihaknya mendapati warga asing diuruskan oleh dalang di negara jiran dan menggunakan rangkaian di Malaysia bagi mengatur perjalanan, tempat selain pantau keadaan kawalan sekeliling.

“Daerah Klang, Selangor antara kawasan panas pendaratan warga asing disebabkan beberapa faktor seperti terdapatnya rumah apungan dan panduan masuk seperti rumah api yang memudahkan pendaratan mereka.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengesan dan mencari mereka yang terbabit dalam kegiatan jenayah ini supaya dapat dibenteras bagi memastikan keselamatan negara terjamin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya