4 hari berturut suntikan vaksin lepas sasaran 300,000 - Utusan Malaysia

4 hari berturut suntikan vaksin lepas sasaran 300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pemberian vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara merekodkan jumlah lebih 300,000 dos untuk empat berturut-turut.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV) memaklumkan, semalam mencatatkan 376,909 suntikan dos di seluruh negara iaitu merangkumi 222,927 dos pertama dan 153,982 dos kedua.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan semalam jumlah tertinggi suntikan vaksin untuk tempoh empat hari iaitu 313,761 (Isnin), 340,043 (Selasa) dan 375,842 (Rabu),

Selain itu, Kuala Lumpur terus mendahului jumlah suntikan vaksin iaitu kira-kira 10.4 juta dos dengan 73.4 peratus penduduk telah menerima suntikan pertama manakala 17.3 peratus suntikan kedua. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN