PUTRAJAYA: Perak merekodkan jumlah lokaliti terbanyak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan 22 kawasan dalam tiga daerah yang berbeza.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia antaranya Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20 di Mukim Batu Kurau, Daerah Larut Matang Selama, Taman Awam 3 Bidor, Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor, Taman Bidor Jaya, Kamung Cegar Tambahan dan Kampung Cegar di Mukim Bidor Daerah Batang Padang.
Sementara Mukim Batang Padang di daerah sama meliputi Taman Tapah, Taman Tapah 2, Taman Bunga Raya, Taman Sri Tapah, Taman Sri Asoka, Taman Sri Damai 1 dan 2; Kampung Datuk, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Baru Pekan Getah, Kampung Batu Melintang dan Kampung Tanah Mas.
“Satu lokaliti dalam Daerah Hilir Perak iaitu Taman Melor Fasa 1 dan kesemuanya dikenakan PKPD selama 14 hari mulai Selasa ini hingga 2 Ogos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ini diikuti Sabah dengan 13 lokaliti dilaksanakan PKPD secara serentak antaranya Kampung Dandulit Matunggong dan Ladang Agathis, Kalabakan.
Lima lokaliti di Bahagian Barat iaitu Kampung Nosoob, Penampang serta Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya, Kota Kinabalu; Kampung Ranau, Kampung Long Kiangan, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru, Sipitang serta Kampung Muhibbah dan Kampung Bakalau, Beaufort.
Di Kelantan pula jelas Ismail Sabri, hanya dua lokaliti dilaksanakan PKPD yang terletak dalam Mukim Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau selain satu lokaliti di Sarawak melibatkan masyarakat Bidayuh iaitu Kampung Emperoh Nyiru Grait dalam Bahagian Kuching.
Dalam pada itu, satu lokaliti di Sabah yang dijadual tamat PKPD esok iaitu Kampung Serudung Baru, Tawau, dilanjutkan sehingga 2 Ogos depan manakala dua lagi lokaliti di negeri itu berakhir PKPD seperti dijadualkan esok iaitu Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort dan Blok 6, Kampung Titingan, Tawau.
Tiga lokaliti juga tamat PKPD esok antaranya kuarters Ladang Lepan Kabu (Blok A dan B), serta sebahagian daripada Kampung Pahi bersempadan Jajahan Kuala Krai, Kelantan selain kuarters pekerja berpusat Gamuda Green, Kundang Jaya, Rawang, Daerah Gombak, Selangor dan seluruh Mukim Bidor dan Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang, Perak.










