204 petugas disahkan positif, pusat pemberian vaksin IDCC, Shah Alam ditutup sementara - Utusan Malaysia

204 petugas disahkan positif, pusat pemberian vaksin IDCC, Shah Alam ditutup sementara

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, ditutup hari ini susulan 204 petugasnya itu didapati positif Covid-19.

 Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bagaimanapun memberi jamian keadaan adalah terkawal dan akan kembali beroperasi esok.

 “Penutupan IDCC serta merta selama satu hari ini supaya kerja-kerja sanitasi dijalankan oleh pihak bomba sebelum dibuka semula pada esok,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.    

 Menurut Khairy, langkah itu  julung kali diambil sejak PPV yang pertama dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya pada 23 Februari.

 Ketika ini, terdapat 530 buah PPV di seluruh negara yang diuruskan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dengan 38 daripadanya terletak di sekitar Selangor sahaja.

 PPV di IDCC itu pula mula dibuka pada 5 Mei lalu oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) untuk pemberian vaksin keluaran AstraZeneca ketika peringkat awal.

 Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bahawa seramai 453 petugas berkhidmat di PPV tersebut dengan sejumlah 400 orang daripada mereka itu sudah pun menerima vaksin.

 “Saya juga telah mengarahkan supaya ujian saringan secara beramai-ramai ke atas semua petugas dibuat sebaik sahaja kami dapat laporan mengenai dua sukarelawan disahkan positif.

 “Ujian ini selesai dijalankan pada 10 Julai lalu melibatkan kesemua petugas. Susulan itu, saya menerima laporan keputusan 11 malam tadi iaitu 204 petugas didapati positif,” katanya.

 Justeru, beliau meminta penerima vaksin dan mereka yang hadir sebagai pengiring di PPV itu bermula pukul 4 petang pada 9 Julai hingga semalam, untuk memantau gejala selama 10 hari.

 Beliau berpendapat, pendedahan kemungkinan ada berlaku pada tempoh berkenaan dan mereka yang datang ke situ jika ada gejala Covid-19, diminta segera membuat ujian saringan.

 Mereka yang ada janji temu vaksinasi pada hari ini pula, ujar beliau, sudah pun dimaklumkan mengenai penutupan PPV itu dan menerima tarikh baharu menerusi sistem pesanan ringkas.

 Pada masa sama, petugas CITF dihantar ke IDCC bagi membantu mereka yang tidak sedar berhubung isu penutupan PPV tersebut untuk hadir pada tarikh baharu ditetapkan JKJAV.

 Sebagai langkah pencegahan awal katanya, semua petugas sebelum ini telah diasingkan dan ditukar dengan pasukan baharu agar potensi jangkitan wabak berkenaan dapat dikurangkan.

 Malah jelas beliau, pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) juga akan dipanggil segera untuk melakukan tahap kualiti pengudaraan di PPV berkenaan.

 “Sebentar tadi di mesyuarat CITF, saya juga minta semua PPV lain jika ada masalah terutama isu kesesakan, untuk memaklumkan CITF Pusat agar kami dapat bantu segera,” katanya.

 Ia susulan angka kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi di Lembah Klang dan beliau juga meminta penerima vaksin supaya tidak datang terlalu awal untuk mengelak berlaku kepadatan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.