174 kematian; 1,043 kes ICU - Utusan Malaysia

174 kematian; 1,043 kes ICU

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 17,170 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,930 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 174 kematian dicatatkan dengan 1,043 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 531 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 179,179 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,163 kes diikuti Kuala Lumpur (2,138) Kedah (1,212) dan Johor (1,054).

“Sembilan negeri pula, merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582), Pulau Pinang (554), Terengganu (437) dan Melaka (416).

“Dua wilayah serta satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN