16,840 kes Covid-19 direkodkan hari ini - Utusan Malaysia

16,840 kes Covid-19 direkodkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16, 840 kes penularan wabak Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi iaitu sebanyak 6, 092 kes dan  Kuala Lumpur pula, jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 2,114.

Perlis hari ini mencatatkan sebanyak 11 kes walaupun pernah berada berada dalam zon selesa selepas merekodkan sifar kes dalam beberapa hari.

Johor, Kedah dan Sabah merekodkan peningkatan kes secara mendadak apabila masing-masing terus merekodkan lebih 1,000 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 17, 170 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya