Ziarah Tun Abdullah: Annuar dikompaun RM2,000 - Utusan Malaysia

Ziarah Tun Abdullah: Annuar dikompaun RM2,000

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikenakan kompaun RM2,000 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan aktiviti ziarah ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, Sabtu lalu.

Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Annuar menerima kompaun daripada PDRM dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.

Sabtu lalu, Annuar dan isteri melakukan kunjungan ke atas Tun Abdullah serta isteri, Tun Jeane Abdullah di Bait Badawi, Kuala Lumpur.

Annuar dan isteri difahamkan meluangkan masa dua jam menziarahi bekas Perdana Menteri itu sambil menikmati makan tengah hari.

Perkara itu turut dikongsi Annuar menerusi satu ciapan di Twitter rasminya, kira-kira pukul 2.04 petang, Sabtu.

Bagaimanapun, ciapan itu diturunkan selepas menerima kecaman dan kritikan oleh netizen.

Difahamkan, aktiviti ziarah dan lawatan tidak dibenarkan berdasarkan arahan di keluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan Kuala Lumpur kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya