PONTIANAK: Sebanyak 14 buah bot nelayan karam di perairan Kalimantan Barat akibat dibadai ombak besar sejak Selasa lalu.
Peristiwa tersebut menyebabkan puluhan nelayan yang berada dalam bot tersebut turut tenggelam.
Hingga Sabtu, maklumat terakhir mengatakan 77 nelayan selamat 39 hilang dan 15 disahkan meninggal dunia.
Pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha mencari anak kapal atau nelayan yang masih terselamat dalam kejadian itu.
Daripada 15 orang yang meninggal dunia itu, empat daripadanya masih belum diketahui pengenalannya.










