PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 melebihi 12,000 iaitu 12,528 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,629 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 138 kematian dicatatkan dengan 908 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 425 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 119,814 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (1,740), Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317) dan Kelantan (211).
“Hanya Terengganu mencatatkan kes di bawah 200 iaitu 177 kes.
“Bagaimanapun dua wilayah mencatatkan kes di bawah 100 kes iaitu Putrajaya (41) dan Labuan (22) manakala Perlis merekodkan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE