10,780 pekerja industri di NS terima dos pertama vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

10,780 pekerja industri di NS terima dos pertama vaksin Covid-19

SEORANG petugas di PPV PIKAS di d'Tempat Country Club, Sendayan, Seremban memeriksa borang penerimaan vaksin seorang pekerja sektor industri yang menerima vaksin Covid-19 hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 10,780 pekerja sektor perindustrian di negeri ini memperoleh dos pertama vaksin Covid-19 mereka menerusi pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di d’Tempat Country Club, Sendayan dekat sini, sejak 5 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, setakat ini juga sebanyak 130 syarikat sektor perindustrian di negeri ini yang membabitkan 34,829 pekerja telah didaftarkan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk diberikan suntikan vaksin di bawah Program PPV PIKAS.

“Adalah dijangka usaha menyelesaikan pemberian vaksin untuk 34,829 pekerja ini selesai menjelang akhir September ini meliputi dos pertama dan dos kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, tambah beliau, PPV PIKAS yang kedua di Negeri Sembilan iaitu yang terletak di D’Cattleya Senawang di sini, dijangka bermula pada 19 Julai depan.

“Usaha ini adalah untuk mempercepat proses vaksinasi untuk sektor perindustrian dan menyegerakan pencapaian imuniti kelompok di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN