10,000 penduduk di pulau peranginan terima vaksin - Utusan Malaysia

10,000 penduduk di pulau peranginan terima vaksin

NOR Azimi Yunus menyuntik vaksin Covid-19 kepada antara 14 warga asing dalam program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pulau Kapas di Marang, Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kira-kira 10,000 penduduk termasuk penggiat pelancongan di empat pulau peranginan di negeri ini disasarkan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, selain komuniti Pulau Kapas, Redang, Perhentian dan Tenggol, turut menerima vaksin berkenaan ialah pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir.

Katanya, buat permulaan seramai 60 orang divaksin di Pulau Kapas termasuk 14 warga asing.

“Minggu depan pula melibatkan 2,000 penduduk Pulau Redang dan ini antara strategi Jabatan Kesihatan dengan mengutamakan lokasi pelancongan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pulau Kapas di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar penularan kes Covid-19 lalu dengan tidak melakukan aktiviti perhimpunan keluarga pada Hari Raya Aidiladha.

Katanya, keingkaran masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengadakan majlis secara senyap-senyap boleh mencetuskan kluster baharu.

“Tentunya ada segelintir yang merentas daerah atau negeri dengan surat kebenaran dan lebih merisaukan kami jika mereka dari zon merah.

“Aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah kematian dan tahlil menyumbang kepada virus merebak dengan pantas ke daerah-daerah lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN